Aktiviti-aktiviti
MDL Tahun 2007 |
|
 |
Hari Bukit Mas: 25 - 26
Ogos 2007 - Anjuran Majlis Daerah Limbang |
| |
Bertempat di Taman Tasek Mas, Majlis
Daerah Limbang sekali lagi menganjurkan Hari Bukit Mas pada
25 hingga 26 Ogos 2007. Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan
seperti berikut:
- Pertandingan Memancing
- Pertandingan Mewarna
- Pertandingan Memasak
- Pertandingan Lumba Gubang
- Pertandingan Karaoke Piala Walikota
- Saringan Kesihatan dan Derma Darah
- Cabutan Bertuah
- Ekspo Mini Keusahawanan
Para penduduk tempatan juga mengikuti
acara Larian Bukit Mas yang diadakan pada 25 Ogos bermula pada
jam 7 pagi. |
|
| |
 |
PENDEKATAN 5S DI MDL |
24/05/07 |
| |
Mengamalkan
pendekatan 5S bermula di bilik setiausaha MDL En Justani
Joni bagi mewujukan persekitaran kerja yang berkualiti
di dalam organisasi termasuk amalan 5S iaitu sisih, susun,
sapu, seragam (standard) dan sentiasa amal. Seramai 7 Ahli
Jawantakuasa 5S MDL telah dibentuk bagi melaksanakan 5S. |
|
|
| |
Fokus utama amalan 5S ialah:
1. mengenal pasti, mengurang dan menghapuskan pembaziran di
tempat kerja.
2. meningkatkan kerjasama berpasukan.
3. meningkatkan keberkesanan operasi.
4. membentuk asas kepada program produktiviti dan kualiti yang
lebih maju. |
|
| |
 |
PERLAWANAN PERSAHABATAN
BERSAMA BOMBA |
02/04/07 |
| |
Diadakan
untuk mengeratkan hubungan antaran Majlis dan pihak Bomba,
selain latihan biasa pihak Majlis bagi menjalani persediaan
Karnival Sukan PBT di Zon Utara Marudi. Sebelum ini pihak
Majlis juga turut mengadakan perlawanan persahabatan bersama
Dewan Suarah dan Kampung Pahlawan Limbang. Permainan diadakan
di gelanggang bola tampar Balai Bomba Limbang. |
|
|
|
| |
 |
DOA KESYUKURAN |
25/04/07 |
| |
Satu majlis dan doa kesyukuran diadakan
oleh kelab KESUMA sempena kemenangan kontigen MDL di Karnival
Sukan PBT Zon Utara baru-baru ini.
Pada majlis yang sama juga kontigen turut
diagihkan piala dan pingat kemenangan masing-masing selain
meraikan kemenangan yang berjaya mengharumkan nama Majlis
Daerah Limbang.
|
|
|
| |
Dalam pada
itu Setiausaha MDL En Justani b Joni merakamkan penghargaan
dan terima kasih di atas kesungguhan kontigen dalam semua
aktiviti yang diadakan. |
|
| |
 |
KEDATANGAN SETIAUSAHA
MDL YANG BARU EN JUSTANI B JONI |
22/03/07 |
| |
Hari pertama 22 Mac 2007 En Justani b Joni
memulakan tugasnya sebagai Setiausaha MDL yang baru bagi
menggantikan Mohammad Johari b Hj Ibrahim yang beralih
tugas naik pangkat di Majlis Perbandaran Miri.
Mesyuarat pertama menghimpunkan ketua setiap seksyen untuk
memberi peluang kepada setiap kakitangan dan Setiausaha
mengenali lebih rapat dan bertukar idea dan pandangan berhubung
pendekatan yang digunakan oleh beliau yang bertugas di
Sarikei sebelum ini.
|
|
|
| |
Mantan
setiausaha MDL Mohd Johari turut berkesempatan meluangkan
masa untuk bersama-sama kakitangan MDL pada hari terakhir
beliau berada di majlis.
Pada masa yang sama, Mohd Johari turut menyerahkan tugas kepada
Setiausaha baru Justani. Penyerahan tugas tersebut membabitkan
fail kerja setiap seksyen sebagai simbolik kepada tugas lazim
yang dijalankan oleh Setiausaha baru MDL. |
|
| |
 |
PENDIDIKAN LALULINTAS
SHELL |
03/03/07 |
| |
Lebih 200 pelajar di bahagian Limbang mengikuti
Program Pendidikan Lalulintas Shell di Batu Biah di sini
termasuk program Literasi Komputer dan pameran Lalulintas.
Kali terakhir Limbang dipilih untuk program sedemikian
adalah pada tahun 2004.
Program yang merupakan pembukaan siri tahun 2007 untuk
negeri Sarawak membuktikan kesungguhan pihak Shell mengurangkan
kadar kemalangan jalan raya melalui program pendidikan
di peringkat awal.
|
|
|
| |
Hadir sama pada Majlis itu ialah Residen Limbang Maria Hasman,
Pegawai Daerah Limbang Azlan Haji Ali Badri, Setiausaha
Majlis Keselamatan Jalan Raya Sarawak Haji Faisaluddin
Jenon, Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya Sarawak
Rano Aylwino Akat, Ketua Pejabat JPJ Bahagian Miri Rosilan
b Mohd Sari, ketua-ketua jabatan dan masyarakat di bahagian
ini.
Shaikh menambah selain pelajar sekolah, program seumpama ini
turut memfokus kepada kumpulan sasar terutama remaja yang kerap
terlibat dengan kemalangan jalan raya melalui program tambahan
yang akan diadakan.
|
|
| |
 |
MAKAN TAHUNAN DAN PENGHARGAAN
2006 MDL |
26/01/07 |
| |
Majlis Makan Tahunan di adakan setiap hari
sebagai memberi penghargaan kepada kakitangan yang cemerlang
dalam perkhidmatan serta mengeratkan hubungan kakitangan,
ahli Majlis dan pihak atasan.
Dalam pada itu, pelbagai aktivitii turut diadakan pada
malam tersebut termasuk persembahan karaoke setiap seksyen,
penyampaian hadiah kepada pegawai yang menerima anjakan
gaji, pegawai pencen dan pekerja cemerlang 2006 iaitu Encik
Suhaili Amat dan Puan Nurallilzan bt Ismail.
|
|
|
| |
Hadir sama ialah Residen Limbang Maria Hasman, Pegawai Daerah
Limbang Azlan Haji Ali Badri, Setiausaha Majlis Daerah
Limbang Mohd Johari b Hj Ibrahim, ketua-ketua jabatan
dan ahli-ahli majlis.
|
|
| |
 |
SAMBUTAN MAULIDUR RASUL |
31/04/07 |
| |
Pihak
Majlis dilantik sebagai AJK Persiapan dan Kelengkapan MDL.
Pihak majlis memilih Matassan b Piut sebagai ketua Kontigen
pada hari tersebut.
Dihadiri oleh setiap jabatan kerajaan, agensi berkaitan dan
masyarakat Islam di daerah Limbang.
Tema pada tahun ini ialah Insan Cemerlang Ummah Terbilang.
Pelbagai aktiviti di adakan termasuk hadrah, nasyid, dan perarakan
yang bermula di Jalan Bangkita, Jalan Muhibbah dan Jalan Buangsiul.
|
|
|
|
| |
 |
MAJLIS PERPISAHAN DAN
SELAMAT DATANG SETIAUSAHA MDL |
23/03/07 |
| |
Kelab KESUMA MDL telah mengadakan majlis
perpisahan Mantan Setiausaha Mohd Johari b Hj Ibrahim dan
meraikan setiausaha MDL yang baru En Justani b Joni yang
berkhidmat di MDL.
Majlis yang diadakan adalah untuk menghargai sumbangan
dan jasa Mohd Johari b Hj Ibrahim yang banyak membawa gelombang
perubahan di Majlis dan bandar Limbang semasa dalam perkhidamatan
beliau sebagai setiausaha MDL.
|
|
|
| |
Pelbagai aktiviti diadakan termasuk nyanyian karaoke, cabutan
tiket bertuah dan aktiviti lain. Hadir sama ialah ADUN
N68 Bukit Kota merangkap Walikota MDL Dr Abdul Rahman b
Ismail, Penguasa Jabatan Tanah dan Survei Majuan Jeraie,
ahli-ahli dan kakitangan Majlis. |
|
| |
 |
SENAMROBIK BERAMAI-RAMAI
ANJURAN KELAB KESUMA MDL |
26/05/07 |
| |
Senamrobik beramai-ramai dianjurkan oleh
Ahli Jawatankuasa Sosial dan Kebajikan KESUMA diadakan
di Dataran Jubli Emas Limbang.
Seramai lebih 200 peserta mengambil bahagian pada aktiviti
tersebut yang terdiri daripada pelbagai jabatan kerajaan,
pertubuhan dan kelab di Limbang.
|
|
|
| |
Program senamrobik
dkendalikan oleh Kementerian Pembangunan Sosial dan Urbanisasi
Limbang. |
|
| |
 |
KARNIVAL
SUKAN ZON UTARA DI MARUDI
|
| |
Rombongan berkonvoi bermula 05 April 2007
membabitkan tiga buah kereta daripada Majlis Daerah Subis
(MDS) dan empat buah kereta daripada Majlis Daerah Limbang
(MDL) termasuk sebuah van yang jarang digunakan untuk pergi
ke tempat seperti itu. Seramai 77 kontigen mengambil bahagian
termasuk 30 daripada Marudi, 23 daripada Limbang dan 24
daripada Subis.
Karnival yang berlangsung selama empat hari tiga malam
berjaya mengabungkan dan
|
|
|
| |
merapatkan
hubungan siraturrahim antara majlis yang berlainan daerah,
lokasi dan jarak namun satu matlamat yang sama mewujudkan
jaringan persahabatan yang utuh di Zon Utara Sarawak.
Lebih manis apabila Majlis Daerah Limbang berjaya melakar sejarahnya
yang tersendiri kerana muncul sebagai juara dengan membolot
hampir kesemua kategori sukan yang dipertandingan termasuk
Badminton, Dart, Futsal, Bola Sepak, Ping pong dan naib johan
dalam Bola Tampar. |
|
| |
Aktiviti
Yang Telah Diadakan Pada Tahun 2007 |
| Mesyuarat
Kesuma 14/03/07 |
| Mesyuarat
Agung 28/02/07 |
| Lalulintas
Shell 03/03/07 |
| Mesyuarat
Keutuhan 30/03/07 |
| Jamuan
Perpisahan Mohd Johari b Haji Ibrahim 23/03/07 |
| Majlis
Meraikan Nurazah Bt Hj Zulkifli 23/02/07 |
| Sambutan
Maulidur Rasul 31/04/07 |
| Perlawanan
Persahabatan Bersama Bomba 02/04/07 |
Battle
Of The Band
Tarikh: 30/06/2007-01/07/2007
Tempat: X Planet, Limbang |
Hari
Bukit Mas 2007
Tarikh: Minggu Ketiga Bulan Julai
Tempat: Bukit Mas |
Kempen
Kebersihan Long Napir
Tarikh: Sebelum 31 Ogos 2007
Tempat: Long Napir |
Implementasi
5S (Masih diperingkat awal)
Lawatan ke agensi yang berjaya mengimplitasi 5S |
Pesta
Limbang (Lumba Perahu)
Tarikh: Bulan Ogos |
Aktiviti
Yang Telah Diadakan Pada Tahun 2006 |
| Sambutan
Maulidur Rasul Peringkat Daerah Limbang 11/04/06 |
| Majlis
Kesyukuran YB Dr Abd Rahman b Ismail Adun N68 Bukit Kota
14/06/06 |
| Kempen
Penanaman Pokok Bunga 11/08/06 |
| MAKSAK
Turun Padang 28-29 Julai 2006 |
| Lawatan
Ahli Majlis Daerah Sarikei Ke Limbang 13/07/06 |
| Hari
Bukit Mas 2006 26/08/06 |
| Kempen
kesedaran kesihatan kebersihan tandas 19/09/06 |
| Program
penanaman pokok serentak seluruh negara 09/09/06 |
| Pertandingan
ping pong 24-25/06/06 |
| Hari keluarga
KESUMA 19/09/06 |
Sambutan
Maulidur Rasul Peringkat Daerah Limbang - 11/04/06
|
Marhaba
Ceramah agama
Pertandingan sepanduk |
|
Majlis
Kesyukuran YB Dr Abd Rahman b Ismail Adun N68 Bukit Kota -
14/06/06 |
Dihadiri
ketua pelbagai jabatan
Diraikan sempena kemenangan Dr Abdul Rahman b. Ismail
sebagai ADUN N68 Bukit Kota dalam pilihan raya yang lalu. |
|
Kempen
Penanaman Pokok Bunga 11/08/06 |
Lebih
650 anak pokok benih pokok bunga raya dan pokok lain ditanam
di sepanjang Jalan Bangkita.
Pelbagai agensi dan jabatan kerajaan di daerah ini turut
bersama-sama turun padang menjayakan kempen tersebut. |
|
MAKSAK
Turun Padang - 28-29/07/2006 |
Bertempat
di Padang Kampung Patiambun dan dipengerusi oleh MDL
Pelbagai aktiviti telah diadakan termasuk pertandingan
bola sepak, tarik tali, senaman, saringan kesihatan, pertandingan
memasak, karaoke dan aktiviti lain.
Diadakan bagi merapatkan hubungan antara jabatan kerajaan
dan penduduk kampung |
|
Lawatan
Ahli Majlis Daerah Sarikei Ke Limbang - 13/07/06 |
Seramai
lebin 20 orang ahli Majlis Daerah Sarikei mangadakan lawatan
ke MDL dan Gerakan Daya Wawasan Kampung Pabahanan di daerah
ini. |
|
Hari
Bukit Mas 2006 - 26/08/06 |
Antara
aktiviti yang dirancang oleh pihak Majlis bagi memeriahkan
Hari Kemerdekaan Negara ke 49
Hari Bukit Mas akan diadakan sebagai acara tahunan bagi
menarik lebih ramai pengunjung manyaksikan pelbagai aktiviti
menarik yang dirancang setiap tahun. Ini termasuk Larian
Bukit Mas, Derma Sarah, Pertandingan Berkayuh, Karaoke,
Memancing dan aktiviti lain. Objektif lain adalah untuk
mewujudkan kerjasama dan merapatkan hubungan serta perpaduan
antara jabatan kerajaan, NGO, masyarakat dan agensi lain. |
|
Kempen
kesedaran kesihatan kebersihan tandas - 19/09/06 |
Anjuran
bersama MBL dan Jabatan REsiden Limbang sebagai kesinambungan
kempen yang diadakan di peringkat kebangsaan.
Tujuan:
Memastikan tandas bersin sepanjang masa
Memupuk dan menjaga kebersihan tandas sebagai tanggungjawab
bersama
Mempertingkatkan tahap kebersihan tandas di daerah ini
untuk kesihatan dan mengelak sebarang penyakit yang tidak
diingini. |
|
Program
penanaman pokok serentak seluruh negara - 09/09/06 |
Bertempat
di SMK Limbang lebih 200 pokok Bunga Raya dan 50 pokok
bunga lain di tanam di kawasan sekolah terbabit
Tujuan:
Memperkenalkan bunga raya sebagai bunga kebangsaan agar
setiap masyarakat dapat menghargai bunga tersebut.
Mengindahkan dan menceriakan kawasan sekolah dengan penanaman
pokok bunga
Mengalakan masyarakat agar menanam pokok bunga. |
|
Pertandingan
ping pong - 24-25/06/06 |
Terbuka
kepada jabatan-jabatan kerajaan yang lain. Limbang menjadi
tuan rumah pertandingan ping pong MAKSAK 2006. |
|
Hari
keluarga KESUMA - 19/09/06 |
Merupakan
salah satu aktiviti kelab KESUMA.
Diadakan bagi merapatkan lagi hubungan di kalangan kakitangan majlis
Mewujudkan suasana harmoni dikalangan kakitangan bekerja sebagai sebuah keluarga. |