|
|
![]() |
|
Saya amat gembira dan bangga kerana diberi kesempatan untuk menyampaikan kata-kata aluan di Laman Web Majlis Daerah Limbang Sarawak ini. Tahniah juga diucapkan kepada Kementerian Alam Sekitar dan Kesihatan Awam, Sarawak kerana inisiatif mewujudkan Laman Web Pihak Berkuatkuasa Tempatan di Sarawak. Dengan
adanya Laman Web ini, sudah tentulah Majlis Daerah
Limbang dapat memperkenalkan struktur organisasi
dan semua aktiviti-aktiviti Majlis kepada warga
Malaysia dan juga kepada warga dunia amnya. Bertepatan
dengan dunia tidak ada sempadan, maka dari mana
pun jua kita berada kita boleh mengetahui dan berkomunikasi
melalui teknologi maklumat yang begitu canggih masa
kini. Laman Web ini juga dapat memperkenalkan Majlis
Daerah Limbang ke seluruh dunia dan dapat mempercepatkan
pencapaiannya di dalam semua bidang. Justeru itu
kita bersedia untuk memberi perkhidmatan yang terbaik
kepada pelanggan kita khususnya warga Limbang.
|