Pelbagai acara telah berlangsung sepanjang 2 hari Hari Bukit Mas 2008, Pada tahun ini merupakan tahun keempat acara tahunan Majlis ini diadakan. Unik nya tahun ini adalah terdapat pelancaran 3 dalam 1 iaitu selain Hari Bukit Mas itu sendiri 2 acara pelancaran turut di lakukan iaitu Program penanaman pokok serentak seluruh sarawak sempena 45 Tahun sarawak Maju Dalam malaysia dan Pelancaran Roadshow LA21. Pelbagai aktivitui telah dirancang dan pengunjung pada hari tersebut lebih kurang 1000 orang dari Limbang dan negara jiran. Antara aktiviti yang berlansung selama 2 hari ini dimulakan dengan Pertandingan Senam Aerobik dan Larian Bukit Mas,Pertandingan Memancing, Pertandingan Tarik Tali, Pertandingan Bot Kawalan Jauh, Pertandingan Mewarna, Melukis , Membaca dan Bercerita bagi kanak-kanak, Pertandingan Menangkap itik dan Botol bertuah, Pertandingan gubang , pertandingan memasak dan teh tarik serta kempen derma darah. Aktiviti ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada orang ramai.
|