Piagam Pelanggan majlis Daerah Limbang
| i. |
Melayan aduan yang realistik dalam tempoh tidak melebihi tiga (3) hari bekerja. |
| ii. |
Pelan bangunan diproses dan dikemukakan kepada agensi luar / seksyen dalaman yang berkaitan untuk ulasan dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja. |
| iii. |
Pelan Bangunan diluluskan dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja dengan disertakan dokumen – dokumen yang lengkap dan mendapat kelulusan daripada agensi – agensi yang berkaitan. |
| iv. |
Pengeluaran "Occupation Permit" hendaklah disediakan dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja selepas pemeriksaan tapak dan mendapat kelulusan daripada agensi-agensi yang berkaitan. |
| v. |
Pembayaran pesanan barang/kerja akan dibayar dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja sebaik sahaja semua butiran pembayaran diterima. |
| vi. |
Permohonan kutipan sisa pepejal yang baru akan diproses dalam masa tujuh (7) hari bekerja dalam kawasan perkhidmatan kutipan yang sedia ada. |
| vii. |
Memastikan semua buku baru yang diperolehi siap diproses dan dipamerkan untuk pinjaman dalam tempoh enam (6) bulan dari tarikh pembelian / perolehan. |
| viii. |
Mengurangkan kadar kelewatan pemulangan buku kepada 10 peratus daripada jumlah pinjaman yang dibuat sebulan. |
| ix. |
Mengambil tindakan dalam tempoh tiga (3) hari bekerja ke atas setiap kesalahan / pelanggaran undang-undang hasil daripada pemantauan. |
| x. |
Permohonan lesen perniagaan hendaklah diproses dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja dari tarikh penerimaan. |
| xi. |
Surat makluman keputusan permohonan lesen perniagaan akan dikeluarkan dalam masa dua belas (12) hari bekerja setelah diputuskan oleh mesyuarat Majlis. |
| xii. |
Semua pegangan berkadar kecuali rumah kediaman dan rumah kedai yang mempunyai ”Occupation Permit” yang telah diukurperiksa akan dikemukakan ke Bahagian Penilaian dan Kadaran Kementerian dalam masa satu (1) bulan dari tarikh / tempoh pegangan tersebut diukurperiksa. |
| xiii. |
Memastikan rumah kediaman dan rumah kedai yang mempunyai ”Occupation Permit” diukurperiksa, dinilai dan dikeluarkan bil cukai taksiran dalam tempoh satu (1) bulan dari tarikh pengeluaran ”Occupation Permit” (selaras dengan KFA). |
| xiv. |
Rumah panjang dan rumah kediaman yang dikenakan kadar tujuan am sahaja diukurperiksa, dinilai dan dikeluarkan bil taksiran dalam tempoh tiga (3) bulan dari tarikh ukurperiksa. |
| xv. |
Minit Mesyuarat Majlis hendaklah disediakan dan diedarkan dalam masa tujuh (7) bekerja setelah bermesyuarat. |
| xvi. |
Borang Penilaian Kursus hendaklah dikembalikan kepada Bahagian Sumber Manusia dalam tempoh tujuh (7) hari. |
|
|