Perutusan Setiausaha Majlis Daerah Limbang
|
Assalamualaikum,
Bersyukur kita ke hadirat ilahi kerana limpah kurniaNya Majlis Daerah Limbang dapat mengekalkan Laman Web Majlis untuk tahun 2011 ini. Sememangnya laman web ini diharap dapat menjadi forum kepada semua penduduk di dalam kawasan Limbang khasnya dan seluruh masyarakat Malaysia amnya di dalam meningkat kualiti perkhidmatan Majlis Daerah Limbang.
Laman web ini merupakan salah satu “platform” bagi Majlis Daerah Limbang untuk memberikan maklumat san penerangan kepada rakyat tentang pembangunan dan perkhidmatan-perkhidmatan tempatan yang disediakan oleh pihak Majlis kepada rakyat dibawah kawasan tadbirnya. Selain daripada itu, laman web ini bertujuan untuk memberikan penerangan terhadap peranan dan tanggungjawab Ahli-ahli Majlis serta kakitangan terhadap masyarakat secara amnya. Ini adalah selaras dengan matlamat untuk menjadikan Sarawak sebagai sebuah Negeri yang indah, bersih,hijau, selamat dan maju. Laman web ini juga berperanan penting dalam memenuhi perubahan persekitaran dan keperluan rakyat.
Akhir kata, saya berharap dan percaya bahawa segala usaha untuk menjayakan kewujudan Laman Web ini dan fungsinya akan menghasilkan kejayaan demi manfaat kita bersama. Selain daripada itu, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih terhadap semua pihak yang telah menyumbangkan tenaga dan usaha dalam pengwujudan laman web ini.
Sekian, Selamat Maju Jaya.
Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan.
En. Gustian bin Hj Durani
Setiausaha,
Majlis Daerah Limbang. |
|
|
|